berita 1xBit
2021-01-18 13:56:00

5 kali pembangun memastikan pencetak rompak tidak terlepas dihukum

Cetak rompak adalah salah satu daripada beberapa istilah yang menimbulkan kerisauan di kalangan hati ahli perniagaan dan pembangun permainan video. Tidak ada perasaan yang boleh dibandingkan apabila setalah mencurahkan sepenuh jiwa dan tenaga pada sesuatu usaha yang berjaya direalisasikan, hanya mendapat pulangan kecil daripada apa yang anda patut terima. Walau bagaimanapun, pembangun permainan telah menemui cara yang bijak untuk menumpaskan kegiatan haram pencetak rompak.

Dengan itu, mari kita lihat 5 contoh paling lucu cara pembangun menumpaskan pencetak rompak dalam sejarah permainan video.

 

press_f_to_keep_those_pesky_pirates_at_bay 

 

Isi kandungan:

1.              Jurukamera mabuk

2.              Memperkenalkan kawan kecil ayam saya!

3.              Buatkan naga meradang disebabkan silap anda sendiri!

4.              Apa yang sedang terjadi ni?

5.              Anda rasa anda boleh kalahkan saya? Fikir semula!

Jurukamera mabuk

press_f_to_keep_those_pesky_pirates_at_bay 

Ada sesetengah pihak berpendapat yang mencetak rompak salinan permainan Grand Theft Auto adalah selaras dengan tema francais itu, tetapi Rockstar Games mempertikaikan pendapat itu. Walau bagaimanapun, daripada berasa naik angin dengan pencetak rompak, Rockstar membangunkan cara bijak untuk menangani mereka yang mencetak rompak salinan Grand Theft Auto 4: meletakkan seorang jurukamera yang mabuk untuk bekerja. Dalam versi cetak rompak permainan ini, kamera akan berputar dengan tergopoh-gopoh pada setiap masa. Kalau kerja kamera yang menimbulkan rasa mual ini tidak mencukupi, anda juga perlu bersaing dengan kereta yang hanya boleh bergerak ke satu arah dan akan bertukar menjadi bom pemasa yang meletup selepas kereta anda tergelincir. Moral cerita: jangan main-main dengan Rockstar!

Memperkenalkan kawan kecil ayam saya!

press_f_to_keep_those_pesky_pirates_at_bay 

Ada yang mengatakan yang EA sering tidak diminati oleh pemain mungkin boleh disangkal, tetapi tidak dapat dinafikan yang langkah anti-cetak rompak mereka adalah sangat licik. Mereka yang memainkan salinan cetak rompak Crysis Warhead hanya boleh menggunakan ayam sebagai peluru. Ya, memang anda mendengarnya dengan betul! Ayam yang tidak menyebabkan apa-apa kerosakan pada musuh mereka! Secara teknikalnya, anda boleh melengkapkan permainan, tetapi ia akan mengambil masa yang lama kerana anda perlu menggunakan pertempuran tangan ke tangan sahaja. Dalam erti kata lain, jika anda ingin melengkapkan permainan ini tanpa mengambil masa yang lama, anda perlu membeli satu salinan.

Buatkan naga meradang disebabkan silap anda sendiri!

press_f_to_keep_those_pesky_pirates_at_bay   

Walaupun Spyro membangkitkan memori indah daripada platformer retro untuk kebanyakan kita, ia adalah mimpi buruk bagi pencetak rompak kerana Spyro: Year of the Dragon menumpaskan pencetak rompak pada satu tahap yang lebih tinggi. Permainan ini bukan sahaja memberi amaran kepada anda bahawa anda sedang bermain permainan cetak rompak pada waktu permulaan, tetapi anda juga akan dihujani dengan beberapa siri halangan yang menjengkelkan dalam versi cetak rompak permainan ini. Item penting akan hilang, tetapan bahasa akan berubah secara rawak dan yang paling teruk, fail simpanan anda akan hilang secara tiba-tiba.

Apa yang sedang terjadi ni?

 press_f_to_keep_those_pesky_pirates_at_bay

Mereka yang pernah bermain The Sims akan tahu bahawa ia akan memberi imej piksel watak apabila mereka pergi ke tandas atau mandi. Bayangkan jika imej piksel ini tidak dihilangkan. Inilah yang berlaku dalam salinan cetak rompak Sims 4. Pada asasnya, langkah anti-cetak rompak ini akan mengubah permainan anda menjadi latar belakang yang kabur dan ianya mustahil untuk mengetahui apa yang watak sedang lakukan.

Anda rasa anda boleh kalahkan saya? Fikir semula!

press_f_to_keep_those_pesky_pirates_at_bay  

Akhir sekali, kami melengkapkan artikel ini dengan RPG klasik dengan banyak pengikut iaitu Earthbound. Jika anda fikir tahap kesukaran Doom’s Ultra Nightmare atau Metal Gear Solid’s European Extreme adalah sukar, maka tahap kesukaran tersebut tidaklah sesusah mana jika dibandingkan dengan melengkapkan salinan permainan ini yang dicetak rompak. Pada asasnya, permainan dicetak rompak ini akan melakukan segala-galanya untuk menghalang anda daripada melengkapkannya. Untuk menambahkah lagi kepayahan, walaupun anda mempunyai apa yang diperlukan untuk sampai ke penghujung permainan, ia akan membeku dan membawa anda kembali ke permulaan.